Info PD


SEJARAH TAMAN CEMPAKA SELAMA KEDAH

Taman Cempaka merupakan taman yang kedua dibina dikawasan Selama Kedah selepas Taman Perumahan Selama Kedah. Nama Taman Cempaka diberi oleh pihak majlis daerah dan tiada kaitan mengenai dengan pokok cempaka ataupun peristiwa sejarah.Taman Cempaka telah di bina pada tahun 1993. Taman ini telah di bina dengan 2 Fasa. Fasa 1 mempunyai 200 buah unit rumah sahaja dan pada tahun 1994, Fasa 2 pula mula dibina dengan penambahan 180 buah unit rumah lagi. Pada tahun 1995 pembinaan mulai siap 100% dan mula diduduki oleh orang ramai. Sebanyak 380 buah unit rumah telah siap dibina.
Penduduknya pula terdiri daripada berbagai kaum seperti Melayu, Cina, India & lain-lain. Pekerjaan penduduk di Taman Cempaka ini terdiri daripada Kakitangan Kerajaan, Perniaga, & bekerja sendiri. Mengikut kaji selidik yang telah dibuat 50% rumah di Taman Cempaka bertaraf rumah sendiri manakala 50% lagi adalah rumah yang disewa.
Kawasan Selama Kedah ini terdiri daripada beberapa kawasan taman dan kampung seperti :
1) Taman Cempaka 2) Taman Camar Putih 3) Perumahan Awam Selama
4) Kg. Kuala Selama 5) Kg. Masjid 6) Kg. Bonggol Rasyid
7) Kg. Sg. Itam 8) Kg. Kuala Dingin 9) Ladang Selama



SEJARAH PENUBUHAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ini pada asalnya adalah sebuah dewan orang ramai yang telah ditukarkan menjadi sebuah perpustakaan desa kerana bagi memenuhi permintaan penduduk agar menjadi pusat sehenti maklumat. Perpustakaan ini mula dibuka kepada pengguna pada 19 Ogos 2007. Petugas perpustakaan ini terdiri daripada 3 orang kakitangan iaitu, seorang pengolong pegawai perpustakaan, pembantu perpustakaan dan seorang penyelia IT. Keahlian perpustakaan sehingga kini berjumlah 904 orang pada Mei 2010.

Perkhidmatan yang disediakan :

  • Pinjaman dan pemulangan buku
  • Majalah dan Surat Khabar
  • Bahan rujukan Umum, Koleksi Khas, Koleksi rujukan STPM,SPM,PMR,UPSR
  • Aktiviti mingguan
  • Perkhidmatan Jalur Lebar
Oleh itu, pihak kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk sama-sama menggunakan perkhidmatan ini sebaik mungkin.


AHLI JAWATANKUASA PERPUSTAKAAN




LOKASI PERPUSTAKAAN DESA TAMAN CEMPAKA


 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

sebarang pertanyaan :

Perpustakaan Desa Taman Cempaka
09810 Serdang
Kedah darul Aman

@

email

pdtamancempaka@yahoo.com.my
© 2010